Ramai yang percaya, untuk berjaya, kita perlu menyusun masa dengan baik setiap hari. Jika ditanya kepada para individu cemerlang, pasti ramai antara mereka yang mengaku mempunyai jadual tersendiri untuk membahagikan masa dengan baik.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi tindakan anak saudaranya yang membuatkan warga maya tidak kering gusi. Dalam kiriman Syamimi Mat Lik di group Anak Sepahkan Apa Hari Ini, Syamimi berkongsi catatan jadual anak saudaranya yang ditulis di dalam buku wanita berkenaan.
Apa yang menghiburkan adalah waktu yang diletakkan kanak-kanak itu seakan tidak masuk akal bagi sebahagian warga maya. Antaranya ialah meletakkan 1 hari untuk membuang air besar, bersukan pada jam 4.56 pagi dan pergi ke sekolah pada jam 5 petang.
“Ni kerja anak sedara saya. Siap letak masa pulak dah. Bila masa la dia buat. Tiba-tiba ada kat buku nota saya ni. Umur dia baru 9 tahun,” tulis Syamimi.

Kiriman itu membuatkan orang ramai terhibur, tak kurang juga ada yang kagum dengan kekemasan tulisan kanak-kanak tersebut.
Berak pun ada timing ye dik

Tulisan kemas dan cantik



Termenung acik bawa ni


Sumber: Syamimi Mat Lik