Waktu Operasi Stesen Minyak Dan Kedai Serbaneka Diseragamkan Bagi Semua Fasa PPN Dari 6 Pagi – 12 Malam

Eyla Azri

Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk seragamkan waktu operasi stesen minyak di semua Fasa Pelan Pembangunan Negara (PPN), menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kelonggaran tersebut telah dipersetujui dalam Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 yang berlangsung hari ini.

Menurut Hishamuddin dalam satu sesi sidang media, semua premis perniagaan stesen minyak, kedai serbaneka, restoran dan kedai makan di seluruh negara akan dibenarkan beroperasi mulai 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Kelonggaran ini akan berkuatkuasa di semua negeri dalam Fasa PPN kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Tambah Hishamuddin, keputusan tersebut akan dipanjangkan ke mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang akan berlangsung esok, sebelum pengumuman rasmi dibuat.

Sumber: Sidang Media Menteri Kanan Pertahanan