wakil palestin malaysia
Gambar: JAKIM

Wakil Palestin Kongsi Cabaran Datang MTHQA Di Malaysia

Hannah

Wakil Palestin Kongsi Cabaran Datang MTHQA Di Malaysia

“Teruskan membaca al-Quran kerana setiap perkara akan berlalu dan setiap apa yang dilakukan akan dihisab.”

Itulah pesanan penuh makna yang disampaikan oleh Jenan Nabil Mohammed Nofal, wakil hafazan dari Palestin.

Jenan berkata demikian pada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran (MTHQA) Peringkat Antarabangsa Ke-65 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam.

Wanita berusia 24 tahun itu berkongsi kisah perjalanannya yang penuh cabaran untuk sampai ke Malaysia melalui satu video yang dimuat naik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurutnya, perjalanan dari Palestin mengambil masa hampir 10 jam dan terpaksa melalui pelbagai sekatan serta halangan.

https://www.facebook.com/reel/1135390205101107

Untuk makluman, Jenan merupakan pelajar di Madrasah Nur liTajweed wa Tahfiz Al-Quran yang terletak di wilayah Qalqilya, kira-kira 20 kilometer dari Baitulmaqdis.

Penampilannya dalam MTHQA kali ini adalah yang pertama di pentas hafazan peringkat antarabangsa.

Ketika ditemui media, Jenan berkata dia berusaha menghafal sekurang-kurangnya lima hingga 10 juzuk al-Quran setiap hari bagi mengekalkan hafazannya.

“Saya mula menghafaz sejak kecil dengan niat untuk membanggakan ibu bapa saya,” kata anak bongsu daripada lima beradik itu menerusi penterjemah.

MTHQA Ke-65 berlangsung dari 2 hingga 9 Ogos dengan bertemakan “Membangun Ummah MADANI” dan menghimpunkan lebih 70 peserta dari seluruh dunia.

BACA: Satu Saat Mungkin Perlu Dibuang Dari Jam Dunia & Ini Sebabnya

Sumber: JAKIM, BERNAMA