KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, wad isolasi dan wad unit rawatan rapi (ICU) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merawat pesakit positif COVID-19 adalah tempat yang paling selamat.
Menurutnya, daripada 181 kes melibatkan petugas kakitangan, tiada satu kes pun yang dijangkiti dari wad-wad tersebut.
Itu bermakna KKM mematuhi semua prosedur ketat yang ditetapkan bagi merawat pesakit.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media harian mengenai situasi COVID-19 di Malaysia petang tadi.
Sumber: KKM