
Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang paling popular di serata dunia dek kerana kecomelannya dan kemanjaan mereka dengan pemiliknya.
Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya berlaku apa-apa yang menyakiti haiwan berkenaan, ia pasti akan menyentuh hati ramai terutama sekali para pencinta kucing.
Begitu juga kisahnya dengan satu kejadian yang dipercayai berlaku di Tuaran, Sabah baru-baru ini. Sebentar tadi, telah tular di FB satu video yang memaparkan seekor kucing terseret di belakang sebuah kereta dan kesan darahnya kelihatan di atas jalan.
Video itu telah dikongsikan di laman Facebook KKCity dan menurut pengirim video ini kepada mereka, pemandu kereta yang merakam video ini telah cuba memberhentikan kereta ini dengan membunyikan hon, namun ia tetap meneruskan perjalanan.
Sumber: Facebook KKCity