Jika mengimbas semua masa beberapa tahun dahulu, kita mesti pernah mengimpikan bahawa tahun 2020 ini akan menjadi tahun yang hebat, kan?
Malah negara kita juga pernah ada satu ‘cita-cita agung’ yang diilhamkan ketika zaman pemerintahan Perdana Menteri Keempat ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu ‘Wawasan 2020’.
Apa yang terlintas dalam imaginasi ialah bandaraya moden, pembangunan pesat, teknologi yang semakin canggih dan banyak lagi.
Begitu juga impian yang pernah ditulis oleh seorang pemuda dari India, Kevin Singh seperti di bawah ini.
Sama seperti insan lain, Kevin pernah menulis kata-kata harapan untuk tahun 2020 dalam buku profil sekolahnya pada 2010 lalu.
Gambar: TwitterUcapannya itu berbunyi:
Bagaimanapun hakikatnya, tahun 2020 yang kita semua – termasuk Kevin hadapi hari ini tidaklah seindah seperti yang diimpikan.
Pejam celik pejam celik, berbaki empat hari lagi 2020 akan tamat dan 2021 pula menjelma, tapi hampir setahun ini kita lebih banyak masa ‘terkurung’ akibat pandemik COVID-19.
Akur dengan impian yang tidak terlaksana, Kevin dengan rendah hati ‘memohon maaf’ kepada semua kerana berasakan ‘ramalannya’ itu hanya sia-sia belaka.
Ciapan Kevin itu menjadi perbualan hangat di Twitter hingga meraih kira-kira hampir 500,00o ‘likes’ serta lebih 53,000 ‘retweet’.
Rata-rata warganet yang membalas ciapan Kevin itu turut memahami ‘kekecewaan’ yang dialaminya, maka mereka pun bersama-sama berkongsi apa yang dirasai.
Malah ada juga yang suruh meramalkan sesuatu yang lain pada tahun depan pula.

Ada juga yang menyalahkan rakan di atasnya, Steven kerana memberi kata-kata yang dikatakan ‘mengarut’.

“Jangan salahkan Kevin..Steven tu yang patutnya kena penjara sekarang,”

Sumber: Kevin Singh