Viral Iklan ‘Bos Mau Kahwin Tak Ada Duit, Peralatan Muzik Jual Murah’, Tarik Perhatian Ramai

Sha Rossa

Sekiranya lelaki sudah sayang kepada pasangannya, mereka sanggup berkorban apa sahaja dan berusaha bersungguh-sungguh asalkan dapat mengumpul wang demi menghalalkan kekasih hati.

Pengorbanan itu kadang-kala terpaksa menuntut lelaki untuk membuang rasa malu dan melakukan apa yang termampu seperti usaha seorang lelaki ini yang tular di media sosial.

Menerusi perkongsian Sarikei Virals, lelaki berkenaan yang merupakan pemilik sebuah kedai alat muzik di Sarikei, Sarawak, menaikkan kain rentang di hadapan kedainya bertulis ”Bos mau kahwin tak ada duit, peralatan muzik jual murah.”

Usaha tersebut disifatkan sebagai sesuatu yang kreatif kerana pemilik memberitahu tujuannya secara jelas kepada orang ramai sekaligus menarik perhatian pelanggan untuk berkujung ke kedai tersebut.

Malah, rata-rata waragent turut memuji usaha pemilik berkenaan kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk wanita yang dicintainya. Kami doakan semoga urusan pasangan ini untuk berkahwin dipermudahkan.

Cari lelaki yang sanggup buat apa sahaja untuk kamu..

Sumber: Sarikei Virals