Gambar: Facebook

Viral Gambar Keluarga & Kanak-Kanak Dengan Parut Teruk, Didakwa Mangsa Serangan Bom Di Palestin

Aqmal Ezany

Umum sudahpun mengetahui mengenai konflik yang sedang melanda antara Palestin dengan Israrl. Pelbagai berita yang memaparkan suasana di sana khususnya Palestin seringkali disajikan oleh media.

Setiap hari, nyawa rakyat disana bagaikan telur dihujung tanduk. Jika nyawa tidak terkorban, kecederaan serta kecacatan fizikal pasti akan terjadi akibat serangan-serangan seperti serangan udara pihak lawan.

Baru-baru in, tular di media sosial gambar-gambar keluarga dan kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa serangan bom tentera Israel.

Disebabkan peperangan yang melanda negara tersebut, sebilangan besar rakyatnya telah menjadi mangsa. Ramai daripada mereka termasuk kanak-kanak dikatakan mendapat kecederaan dengan parut ada yang bersifat kekal.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersyukur kerana dikurniakan dengan negara yang aman damai serta jauh dari peperangan.

Manakala sebagai saudara sesama Islam pula, janganlah kita sesekali terlupa untuk memanjangkan doa-doa kita untuk saudara kita disana.

Sumber: Saira Ch, Ahmad Abu Alrish