
Umum sudah sedia maklum bahawa bermula 1 Januari 2020, penguatkuasaan saman terhadap kesalahan merokok di premis menjual makanan bermula.
Mana-mana individu yang ingkar dengan peraturan tersebut boleh disaman dan dikenakan denda.
Terkini di media sosial, tular beberapa keping gambar dipercayai beberapa orang awam yang didakwa melanggar peraturan tersebut diambil tindakan oleh penguatkuasa.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada operasi berkenaan menyasarkan kesalahan merokok di kawasan larangan merokok ataupun operasi yang lain.
Namun ia menjadi viral disebabkan hari ini merupakan hari pertama bermulanya saman bagi mereka yang melanggar peraturan baru tersebut.







Sumber: Sukan Star Tv