Pesawat Vietjet

Vietjet Syarikat Penerbangan Paling Selamat Dunia Bagi 2026

Syamimi

Vietjet Syarikat Penerbangan Paling Selamat Dunia Bagi 2026

Vietjet sekali lagi diiktiraf oleh AirlineRatings, laman web penarafan keselamatan dan produk penerbangan terkemuka dunia, sebagai salah satu syarikat penerbangan paling selamat bagi 2026.

Sejak 2018, Vietjet juga telah mengekalkan penarafan keselamatan 7/7 daripada AirlineRatings secara konsisten.

Pengiktirafan ini menempatkan Vietjet sebaris dengan syarikat penerbangan kos rendah terkemuka dunia seperti EasyJet, Southwest, dan Ryanair, sekali gus menandakan prestasi berterusan serta standard keselamatan yang kukuh dari tahun ke tahun.

Bagi penumpang Malaysia, pengiktirafan ini mengukuhkan lagi reputasi Vietjet sebagai sebuah syarikat penerbangan yang dipercayai untuk perjalanan serantaumahupun antarabangsa, terutamanya melalui rangkaian penerbangan yang semakin berkembang antara Malaysia dan Vietnam.

Pada masa ini, Vietjet menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Hanoi, Ho Chi Minh City, dan Da Nang, tiga bandar terbesar di Vietnam.

Sharon Petersen, Ketua Pegawai Eksekutif AirlineRatings, berkata: “Vietjet Air menunjukkan pertumbuhan yang stabil sambil mengekalkan keseragaman armada dan tahap kebolehpercayaan operasi yang tinggi.

Dengan armada yang muda dan rekod keselamatan yang cemerlang selama bertahun-tahun, ini membuktikan operasi yang  berteraskan keselamatan.

Sektor penerbangan Vietnam juga kini mencatatkan prestasi terbaik setakat ini dalam audit ICAO untuk pengangkutan udara antarabangsa yang selamat, terjamin, dan cekap.”

AirlineRatings menilai lebih daripada 320 syarikat penerbangan di seluruh dunia berdasarkan petunjuk keselamatan utama, termasuk rekod insiden, umur armada, latihan juruterbang, dan audit keselamatan antarabangsa, dengan penekanan tambahan terhadap pengurusan  kejadian turbulensi pada tahun 2026.

Vietjet mengendalikan armada moden yang menjimatkan bahan api dengan kadar kebolehpercayaan teknikal 99.72%, antara yang tertinggi di rantau ini.

Vietjet  juga memegang pensijilan IOSA dan ISAGO, serta terus melabur dalam latihan, penyelenggaraan, dan kejuruteraan untuk mengekalkan standard keselamatan antarabangsa tertinggi.

Untuk memperkukuh lagi keupayaan operasi,Vietjetbaru-baru ini menambah 22 pesawat dalam masa sebulan, menandakan pengembangan armada terbesar dalam sejarah syarikat.

Pencapaian ini meningkatkan kapasiti, kebolehpercayaan rangkaian, dan kualiti perkhidmatan bagi penumpang, termasuk mereka yang terbang ke dan dari Malaysia.