Seorang lelaki berbaju kuning mendapat perhatian orang ramai apabila dilihat seakan cuba merentasi halangan pihak berkuasa, dipercayai di kawasan yang dikenakan PKPD di Parit Buntar, Perak.
Menerusi video dimuatnaik @My_CrimeWatch, kelihatan lelaki itu sedang cuba mengangkat basikal miliknya melepasi susunan penghadang yang telah beralih.
Namun, selepas menyedari kehadiran dron di atas, lelaki itu kemudiannya membatalkan niat dan berpatah balik.
Video itu telah mendapat lebih 155 ribu tontonan di laman Twitter di mana rata-rata netizen ‘membahan’ tindakan individu tersebut.
Muzik taknak kalah; patut dekat dron ada pembesar suara & jerkah dia

Mujur basikal tak ada no plat, kalau tak boleh hantar surat saman


Dron tu patut ikut dia sampai rumah

Sumber: My_CrimeWatch