Satu gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.8 telah dilaporkan menggegar selatan Filipina pagi tadi.
Institut Volkanologi dan Sismologi Filipina (Phivolcs) pada awalnya merekodkan gegaran berukuran magnitud 6.4, namun angka itu meningkat beberapa minit kemudian.
Difahamkan, gegaran tersebut telah berlaku di Pulau Mindanao pada pukul 9.04 pagi tadi.
Sehingga kini kerajaan Filipina belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung jumlah kerosakan serta angka kecederaan.


https://platform.twitter.com/widgets.js
Sumber: CNN