Rakyat Malaysia sentiasa tertunggu-tunggu mengenai perkembangan Ainul Mardhiah yang sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut.
Terbaru, si cilik kesayangan ramai itu semakin sihat dan dia juga dilihat sudah mula pandai berinteraksi dengan ibu bapanya.
Keletah comelnya itu dapat dapat dilihat menerusi video-video yang dimuatnaik oleh ibunya, Nurul Erwani di laman Instagram.
Dalam satu video lain pula, adik Ainul dilihat sangat galak apabila disakat oleh ibunya.
Warganet nyata teruja dengan perkembangan Ainul dan bersyukur dia membesar dengan sihat.


Sumber:_nrlerwani