Virus COVID-19 tidak mengenal siapa. Tidak kira anak kecil atau dewasa, warga emas atau remaja, semuanya terdedah kepada bahaya.
Apa yang amat merisaukan, wujudnya kes-kes sporadik yang tidak tahu dari mana puncanya. Alih-alih, badan sudah mula menunjukkan simptom dan disahkan positif COVID-19.
Lebih parah, virus itu pula menjangkiti seluruh keluarga tercinta sepertimana yang berlaku kepada enam sekeluarga ini.
Kongsi kakak pesakit, Hazian Hasan kepada Siakap Keli, adiknya kini sedang menjalani rawatan di hospital Selayang manakala isteri adiknya telah memasuki tahap 5 jangkitan COVID-19.
Tambah Hazian, keluarga adiknya telah disahkan positif pada 11 Jun lalu, namun tidak dapat dipastikan dari mana jangkitan diperoleh.
Jelas wanita itu, keempat-empat anak saudaranya juga kini sedang menjalani kuarantin di hospital, termasuk si bongsu yang baru berusia 2 tahun.
Rakaman meruntun jiwa tatkala anak-anak ini terpaksa berpisah dengan ibu mereka yang bakal dipindahkan ke wad lain telah tular di media sosial.
Sebak, kelihatan masing-masing memberikan kucupan buat ibu tercinta, sementara si abang dilihat mendukung adiknya yang masih kecil.
“Ya Allah, sembuhkanlah adikku sekeluarga. Tiada kata lagi yang dapat ku katakan. Hanya berdoa dan berdoa..
“Semoga dikembalikan senyuman kami sekeluarga. Satu keluarga adikku kena virus COVID. Adik iparku sudah tahap 5, kritikal. Adik lelakiku pula sedang berjuang.
“Anak buahku semua positif COVID.. Dengan sendiri air mata menitik..” tulis Hazian, mengharapkan doa orang ramai buat keluarga mereka.
“Semoga ada doa antara kalian yang diangkat ke langit dan diaminkan oleh para malaikat.. Aamiin.”
Moga diberikan kesembuhan untuk keluarga ini, aamiin
Kurniakanlah kesihatan yang baik buat mereka semua; kasihan anak-anak masih kecil


Sedih tengok abang dukung adik


Marilah sama-sama kita mendoakan mereka sekeluarga serta semua pesakit COVID-19 agar sembuh seperti sediakala.
Sumber: Hazian Hasan