Kalau masih ingat lagi, tukang masak popular media sosial, Khairulaming pernah ‘pecah rekod’ apabila 10,000 botol Sambal Nyet berjaya terjual hanya dalam masa 54 minit saja.
Kemunculan sambal buatan air tangannya itu pada waktu tersebut seakan-akan fenomena baharu. Boleh dikatakan ramai netizen khususnya pengikutnya terpaksa bersiap siaga untuk ‘memburu’ sambal tersebut sebaik saja ia dilancarkan.
Itu cerita awal tahun hari itu. Hari ini, tepat 10 Oktober Khairulaming sekali lagi mencipta rekod terbaharu apabila 10,000 botol Sambal Nyet berjaya terjual dalam masa lebih singkat, iaitu seawal tiga minit saja!
Macam tak percaya, Khairulaming berkongsi detik penuh ‘ajaib’ ini menerusi Twitternya hari ini. Jom ikuti videonya di bawah ini.
Dalam perkongsian itu, beliau menulis,
“10 bulan lepas bila Sambal Nyet dilancarkan, kita berjaya jual 10,000 botol sambal dalam masa 54 minit. Hari ni 10,000 botol sambal terjual dalam masa tiga minit. Terima kasih sangat guys sebab masih support sampai ke hari ni,”
Khairulaming turut menunjukkan secara ‘live’ pembelian demi pembelian yang dilakukan oleh pembeli di Shopee. Baru beberapa saat saja, notifikasi Shopee menderu-deru masuk di telefonnya.
Inilah namanya rezeki. Tahniah Khairulaming atas jualan pecah rekod hari ni!
Sumber: Twitter Khairulaming