Seorang penumpang di China terbunuh apabila kepingan besi melayang dan menembusi cermin hadapan kereta yang dinaikinya pada kelajuan yang tinggi.
Kepingan besi tersebut mengenai kepala mangsa dan menyebabkan kecederaan parah di kepala, membuatkannya maut di hospital beberapa jam kemudian.
Besi berat tersebut dikatakan terjatuh dari bahagian belakang sebuah lori ke atas lebuhraya sebelum terpelanting apabila dilanggar kereta di hadapan mangsa.
Kepingan besi yang membunuh mangsa. (Gambar: Asia Wire)Malang tidak berbau. Dalam video yang lain, seorang penumpang wanita maut apabila bata yang terjatuh dari sebuah lori terbang menembusi cermin kereta dan menghentam kepalanya, membuatkan tempurung kepalanya terbelah.
Wanita tersebut meninggal di hospital akibat kecederaan tersebut.
Sumber: Daily Mail