Pernah dengar pepatah pelanduk dua serupa? Ini adalah peribahasa yang menggambarkan dua individu yang mempunyai wajah yang sama, seperti kembar seiras.
Ada orang yang dilahirkan mempunyai wajah seiras individu terkenal, ada pula mereka yang dilahirkan dengan suara yang serupa seperti seorang lelaki yang menjadi tular di TikTok baru-baru ini.
Pemuda dengan nama pengguna @namasayabell ini telah mendapat lebih 1.6 juta tontonan di laman itu gara-gara suaranya yang serupa dengan pelakon terkenal, Saiful Apek.
Dikatakan 100 peratus copy paste suara artis itu, jelas pemuda berkenaan, dia memang dilahirkan dengan suara tersebut dan bukan dibuat-buat.
“Weyh, aku tak copy suara Saiful Apek kau tau tak. Ni memang original suara aku kau tau tak.
“Saiful Apek takleh beatbox macam ni tau,” katanya sebelum menunjukkan skil beatbox kepada para pengikutnya.
Video itu telah mendapat lebih 143 ribu tanda suka di mana rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lelaki itu. Malah, ada yang meminta Bell menyanyikan lagu-lagu lain serta menuturkan dialog terkenal yang pernah dilakonkan artis tersebut.

Dia datang TikTok nak tunjuk skil beatbox, alih-alih ramai cakap suara macam Saiful Apek


Masalahnya kalau tutup mata memang terbayang Saiful Apek tengah cakap


Menyahut permintaan para pengikutnya, Bell turut berkongsikan beberapa video nyanyian dan lakonan semula dialog terkenal Saiful sebelum ini.
Sumber: @namasayabell