Selain daripada tahap kualiti sesebuah kereta, tahap kualiti pemanduan juga merupakan perkara penting yang perlu kita ambil tahu. Walaupun setiap individu yang boleh memandu mempunyai tabiat pemanduan yang berbeza, tetapi tabiat ini perlu dielakkan.
Ketahuilah penjagaan kereta selalunya melibatkan kos yang tinggi. Tapi kalau kita pandai jaga kereta dengan baik mungkin kos tersebut dapat dikurangkan.
Seperti perkongsian di akaun TikTok adrianchiaaa, beliau berkongsikan tabiat pemanduan yang boleh merosakkan kereta. Walau bagaimanapun, antara tabiat yang menarik perhatian warganet adalah yang bernombor empat.
Menerusi video tersebut beliau menyatakan empat tabiat yang perlu dielakkan.
Terus tekan minyak kuat
Tak brek ketika lalu bonggol
Pusing stering ‘full lock’ dengan kuat
Tak guna signal
Untuk ketahui dengan lebih lanjut anda boleh menonton video di bawah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kelihatan begitu bersetuju dengan tabiat yang terakhir.



Sumber: TikTok adrianchiaaa