Roadtax atau cukai jalan merupakan perkara yang wajib diperbaharui setiap tahun. Bagi pengguna kereta, roadtax tersebut perlulah ditampal di bahagian cermin hadapan untuk memudahkan ia diperiksa oleh pihak berkuasa.
Pun begitu, pasti ramai yang pernah mengalami situasi di mana roadtax tersebut mudah mengecut apabila terkena cahaya matahari atau susah untuk dicabut kerana gamnya yang terlalu kuat, sehingga meninggalkan kesan pada cermin kereta.
Bahkan, ada yang terlalu ‘gopoh’ menampal sehingga menyebabkannya terkoyak.
Disebabkan itu, kali ini SK akan memberitahu mengenai cara yang betul untuk menampal roadtax kereta dengan kemas.
Caranya telah dikongsikan oleh Carput.my menerusi video yang dimuatnaik di TikTok baru-baru ini.
Hanya dengan tiga langkah, korang pasti akan lebih ‘terer’ menampal roadtax kereta selepas ini.
Cara-caranya:
1. Gunakan clear plastic film.
2. Tampal roadtax atas filem itu.
3. Gunakan roadtax holder antara roadtax-cermin dan tampal.
Nak lebih mudah faham, jom tengok video di bawah ini. Semoga bermanfaat.
Sumber: Carput