
Memalukan. Amat memalukan jika seorang manusia berakal membuang sampah dan mengotori persekitaran sedangkan haiwan pun adakalanya pandai membezakan baik dan buruk mengikut naluri serta tahap kepintaran mereka.
Dalam video tular dikongsikan oleh seorang aktivis dengan nama pengguna Stance Grounded, seekor angsa dilihat mengutip sampah plastik yang mengotori ‘taman permainan’ anak-anaknya.
Menggunakan paruhnya, angsa itu menarik sampah keluar daripada air dan meletakkan sisa tersebut di tepi tebing. Apalah yang terfikir di benaknya ketika itu.
“Perkara paling sedih saya pernah lihat.
“Seekor swan menarik plastik keluar daripada air. Ini sangat memalukan. Kita patut malu.
“Kita tidak layak memiliki planet ini dan haiwan-haiwan di dalamnya,” kata aktivis berkenaan.
Lantaran itu, orang ramai melahirkan rasa marah dan kesal terhadap tindakan sesetengah manusia yang tidak menghargai alam.



Jom semua, kita seharusnya lebih berakal daripada haiwan. Mari bersihkan sampah sendiri serta kurangkan penggunaan plastik harian kerana sampah inilah paling banyak mencemarkan alam sekitar.
Sumber: Stance Grounded