
Sebuah video tular memaparkan sepasang pengantin dari Jakarta, Indonesia yang hanya menunjukkan bahagian tangan dalam perkongsian video perkahwinan mereka dan tidak mendedahkan bahagian wajah, memetik laporan Suara.com.
Menjadi satu keperluan untuk pasangan pengantin menyewa seorang jurugambar atau juruvideo semasa hari perkahwinan. Hal ini demikian kerana, pengantin sudah pasti ingin saat bahagia mereka dirakam untuk ditonton pada kemudian hari.
Tapi, lain pula bagi video dengan jumlah tontonan 1.5 juta yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @.mcwedding.
Dalam video tersebut, kelihatan jurugambar hanya merakam bahagian tangan pasangan pengantin tersebut. Bermula dari proses akad nikah sehinggalah pasangan itu menunjukkan sijil nikah mereka.
Atas permintaan pasangan pengantin itu, rakaman video pasangan pengantin hanyalah tertumpu pada tangan sahaja.
Malah ketika mengambil video dengan penganjur perkahwinan yang lain, dapat dilihat pasangan pengantin memilih untuk menghadap ke belakang.

Sumber: Suara.com & TikTok @.mcwedding