Satu lagi lakaran sejarah telah terukir apabila pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman atau dikenali sebagai Damok muncul Juara Moto3 Junior World Championship di Barcelona petang tadi.
Lebih membanggakan, lagu Negaraku turut berkumandang di bumi Sepanyol ketika Damok dinobatkan sebagai juara Moto3 di Catalunya Barcelona.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Team Malaysia di laman Twitter, detik bersejarah itu dapat dilihat ketika pelumba muda negara itu membuat pintasan pelumba lain ketika di pusingan yang terakhir.
Sumber: Team Malaysia, SIC Junior ZK Racing