Terkini, Shuib memaklumkan isterinya, Siti Sarah berada dalam keadaan kritikal, lapor Awani.
Menurut portal itu, Shuib dimaklumkan pihak doktor petang tadi bahawa kadar oksigen isterinya berada pada tahap 40 dan perlu ditiarapkan.
“Keadaan Sarah sangat tidak baik. Sangat-sangat tidak baik sekarang ini. Oksigen tinggal 40. Sekarang ni doktor tengah cuba terbalikkan dia,” kata Shuib semasa sesi bacaan Yassin menerusi video yang dikongsikan OfficialHLive.
Terdahulu, Sarah terpaksa ditidurkan bagi mengeluarkan bayinya yang berusia tujuh bulan selepas beliau disahkan positif COVID-19 dan mengalami komplikasi.
Mereka sekeluarga disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan pada minggu lalu.
Sumber: Awani, Official HLive