Sering kali kita lihat anggota trafik yang bertugas pada waktu-waktu puncak seperti waktu orang mula bergerak ke tempat kerja dan juga waktu orang mula pulang dari tempat kerja. Namun, mungkin ada juga yang beranggapan bahawa kehadiran mereka di tengah-tengah kesibukan jalan raya sebagai penghalang untuk meneruskan perjalanan ke destinasi.
Tahukah anda bahawa anggota trafik bukanlah menyusahkan masyarakat, malah memudahkan aliran trafik supaya laluan berjalan lancar dan selamat untuk dilalui. Demi menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka sanggup berdiri berjam-jam di bawah terik matahari terutama pada waktu-waktu puncak.
Bukan itu sahaja, tugas yang digalas oleh mereka begitulah berat sehinggakan mereka juga sanggup berdiri di bawah hujan lebat. Oleh itu, janganlah kita cemuh atau menganggap bahawa tugas mereka itu telah menyusahkan kita.
Sumber: Polis Diraja Malaysia