Ahli dermatologi dan pakar bedah Dr Pimple Popper AKA, Sandra Lee menemui benjolan besar di telinga pesakit sehingga ia dinamakan sebagai “hiasan kecil” kerana kelihatan seperti anting-anting, lapor Daily Star.
Menurut sumber, Dr Pimple Popper menunjukkan salah satu hasil kerjanya melalui jarak dekat kepada para peminat. Video yang dikongsikan baru-baru ini telah menyebabkan beberapa penonton tersentak.
Dilaporkan, ahli dermatologi yang bernama Dr Sandra Lee itu sedang menggali ‘benjolan coklat’ di cuping telinga sehingga dia mendedahkan, “Ini bukan anting-anting.”
Dalam klip yang dimuat naik di Tiktok ke akaun @drpimplepopper pada Rabu lepas (16 Jun), Dr. Lee menunjukkan ‘benjolan bulat’ itu dan segera mengeluarkannya dengan bantuan pencungkil (comedone extractor) berkilatnya.
Jisim itu dikeluarkan sedikit demi sedikit hingga menyeluruh sehingga pakar bedah itu dapat memperlihatkannya di kamera.

Berdasarkan kapsyen di video yang dikongsikannya itu, Dr Lee bergurau dengan mengatakan ia adalah sejenis ‘jerawat’ (pimple stud). Rakaman video tersebut telah ditonton hampir 3 juta dengan pelbagai reaksi dari warganet.
Salah seorangnya memberi komen, “Saya tidak rasa lapar lagi.”
“Anda tak rasa terganggu pun melihat sesuatu yang tidak menyenangkan,” komen netizen yang kelihatan mual dengan video tersebut.
Ada juga yang menyindir, “Apa maksud anda bukan anting-anting, itu anting-anting percuma dari alam semula jadi.”
Ditambah pula dengan gurauan netizen lain, “Itu seperti berlian hitam.” Malah, ada yang mengatakan ia adalah ‘taburan coklat’ dan membuat netizen lain tergamam.
Dipercayai, benjolan besar itu merupakan pori ‘Winer’ yang melebar tetapi tidak berbahaya. Namun, boleh juga kelihatan seperti barah kulit, jadi ia memerlukan pemeriksaan daripada ahli dermatologi.
Menyerupai seperti ‘blackhead‘ yang besar, ia terjadi ketika pori menjadi membesar dan sering terjadi pada wajah dan leher tetapi juga muncul di cuping telinga seperti dalam kes ini.
Berdasarkan sumber, ia tidak menyakitkan tetapi bagi yang mengalaminya akan terasa ia memalukan dan memilih untuk membuangnya.
Sumber: Daily Star