Dengan perisytiharan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 pada Ahad lepas, maka kemelut politik yang melanda negara sejak kebelakangan ini turut sama diharapkan rakyat akan berakhir.

Hilang gelap timbul terang
“Hilang gelap timbul terang”, itulah perumpamaan perasaan rakyat dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kelapan seperti yang dikongsikan Bernama di akaun Twitter rasminya.
Gambar: BernamaRata-rata rakyat Malaysia yang ditemu bual dalam bingkisan video yang dikongsikan oleh Bernama itu menzahirkan ucapan tahniah dan mengharapkan agar negara ditadbir dengan baik dan lebih maju.
Rakyat sekarang boleh melihat
Salah seorang rakyat Malaysia yang bernama Badrul Hisyam ketika ditemu ramah memanjatkan kesyukuran berkenaan kemelut yang dihadapi negara baru-baru ini telah tamat secara aman dan berharap agar negara dapat membangun dengan lebih maju.

Rakyat Malaysia yang lain ditemu ramah juga turut mengharapkan agar negara boleh berkembang dan membangun dengan lebih maju lagi di samping masyarakat yang hidup bersatu padu di bawah payung besar yang bernama Malaysia.
Sumber: Bernama