Sumber: TikTok @nei.l

(Video)”Estetik Sangat,” Tular Rakaman Pintu Tandas Awam Hanya Bahagian Bawah, Boleh Nampak Dari Atas

Nadhirah

Sebuah video tular memaparkan konsep tandas awam yang lain daripada biasa yang membuatkan orang ramai rasa ‘pelik’ melihat tandas tersebut, memetik laporan suara.com.

Menurut laporan, video tular itu dimuat naik oleh akaun TikTok @nei.l. Menerusi perkongsian video itu, dapat dilihat bahawa tandas awam itu ternyata kelihatan sangat pelik.

Mana taknya pintu-pintu dalam tandas awam tersebut hanyalah setengah sahaja.

Tandas awam tersebut dikatakan hanya tertutup di bahagian bawahnya sementara di bahagian atas terbuka luas.

Tambah laporan, lelaki yang merakam video itu masih lagi terfikir berkenaan konsep tandas awam tersebut yang sangat pelik. Tandas awam itu juga dikatakan berada di salah satu restoran berhampiran Danau Singkarak, Indonesia.

Konsep tandas awam yang dirakam oleh lelaki itu menarik perhatian warganet dan memperoleh jumlah tontonan melebihi 1.8 juta.

Sumber: suara.com, TikTok @nei.l