Seperti mana yang kita ketahui di musim Covid-19 ini, sesiapa sahaja yang datang daripada luar negara wajib menjalani kuarantin di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan kerajaan dalam usaha mengawal penularan wabak yang telah tersebar dengan meluas di seluruh dunia ini.
Sejak penularan COVID-19 ini, nama Malaysia mendapat perhatian di kebanyakan negara selepas tindakan yang dilakukan untuk memutuskan rantaian COVID-19 dilihat sebagai satu strategi yang berkesan.
Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh akaun Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), perkara tersebut dapat dibuktikan menerusi satu video yang dibuat oleh seorang pengacara televisyen dan Youtuber terkenal dari Britain berkenaan cara Malaysia mengendalikan wabak ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Sumber: PDRM