Seorang Youtuber skuba yang menggunakan nama Exploring with Nug telah berjaya menemui apa yang dipercayai oleh pihak polis sebagai mayat sepasang remaja yang dilaporkan hilang lebih 20 tahun lalu.
Remaja tersebut dikatakan hilang dan kini ditemui tertimbus di dasar sungai Tennessee, lapor Independent UK.
Menurut laporan dua remaja tersebut telah hilang pada 3 April 2000. Erin Foster, 18, dan Jeremy Bechtel, 17. Mereka dikatakan memandu di bandar kecil Sparta, Tennessee, dan selepas itu kedua-dua remaja tersebut dilaporkan dan tidak pernah dilihat lagi.
Kejadian itu menjadi kes yang sangat misteri dan membuatkan para detektif tempatan berasa bingung selama bertahun-tahun.
Hampir dua dekad selepas itu, misteri kes tersebut telah mengejutkan orang ramai. Hal ini dikatakan demikian kerana, penyelam skuba iaitu Jeremy Sides berminat untuk menyiasat kes tersebut dan dia telah turun ke kawasan itu dari Georgia untuk menyelam dan mencari di kawasan sekitar laluan air tersebut.
Seorang Polis tempatan yang baru dipilih di situ iaitu Steve Page, kebetulan berada di gereja pada hari penyelam skuba itu melakukan video tersebut.
Polis itu sedang bersama keluarga Erin Foster, dan mereka terkejut bahawa vlogger, yang terkenal menggunakan teknik skuba dan carian lain untuk menyiasat kes misteri yang sudah menjadi sejarah itu.
Dari situlah, Polis tersebut iaitu Encik Page dan Youtuber berkenaan iaitu Encik Sides mula bertukar-tukar mesej di laman Facebook. Polis tersebut memberitahu kepada penyelam skuba itu bahawa dia telah mengetahui mengenai kes itu setahun yang lalu.
Menurut polis baharu itu, para penyiasat mungkin tidak mencari di bahagian yang betul di daerah itu.
Akhirnya selepas menggunakan rakit yang dilengkapi kuasa sonar, mereka menyiasat pelbagai sungai di kawasan tempatan itu. Encik Sides telah menemui Pontiac Grand Am 1998 yang dikatakan tenggelam di Sungai Calfkiller.
Lebih mengejutkan lagi apabila terdapat mayat manusia dan nombor plat kereta yang sama dengan kereta hilang yang pasangan remaja itu gunakan.
Polis kini sedang menjalankan ujian foresik ke atas kereta yang dijumpai itu. Tetapi masih belum mengesahkan secara rasmi identiti mereka yang ditemui di bangkai kereta itu.
Selepas menemui kereta tersebut, YouTuber itu telah menghubungi Polis berkenaan.
Menurut laporan, keluarga kedua-dua remaja itu telah dimaklumkan mengenai penemuan itu, dan polis berkata ia mungkin mengambil masa berminggu-minggu untuk membersihkan lumpur dari kereta tersebut.
Ujian rekod untuk menguji DNA dan pergigian sedang dilakukan sebelum sebarang kesimpulan akhir dibuat tentang siapa yang berada di dalam kenderaan itu dan apa yang membawa kepada kematian mereka.
Para penyiasat merasakan bahawa mereka percaya bahawa pasangan itu mungkin hilang kawalan ke atas kenderaan dan secara tidak sengaja telah masuk ke dalam kawasan sungai.
Kini, pasukan penyelam terus meneroka tapak untuk menemui sebarang petunjuk lanjut.
Sumber: Independent UK