Betapa beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat. Baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mencemar duli meredah banjir bagi meninjau situasi di Kampung Lamir, Pekan, Pahang.
Melalui kemaskini Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda bersama Permaisuri Agong dan anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda berdua telah menyantuni mangsa-mangsa banjir di kampung berkenaan.
Dengan berjalan kaki, mereka mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir sambil menziarahi beberapa kampung dan Pusat Pemindahan Sementara di sekitar daerah berkenaan.
Gambar: Istana Negara
Gambar: Istana Negara
Gambar: Istana Negara
Gambar: Istana Negara
Gambar: Istana NegaraSumber: Istana Negara