Sebuah video tular memaparkan seorang wanita ‘terperanjat’ setelah melihat hadiah yang diperolehnya itu berisi ‘telinga arnab’ yang telah dikeringkan, memetik laporan Suara.com.
Video tular itu telah mendapat perhatian warganet dan telah memperoleh lebih daripada 1.4 juta tontonan.
Menurut laporan, video itu telah dimuat naik di akaun TikTok @carinaanjani. Melalui video tersebut wanita itu dilihat menunjukkan satu bungkusan plastik yang berisi dua keping telinga arnab itu.
Apa yang menariknya, pada label di hadapan bungkusan itu tertulis 100% Arnab.’
Wanita itu turut menyatakan bahawa telinga arnab itu mempunyai bau yang tidak menyenangkan ketika dikeluarkan daripada bungkusan.
Kemudiannya, wanita itu meletakkan sepasang telinga arnab itu di atas meja dan dia mendekatkan telinga tersebut ke arah kamera.
Dia juga menyentuh bulu telinga arnab itu dengan menggunakan tangannya sendiri.
Video tular itu turut mendapat jumlah komen yang sangat memberangsangkan daripada warganet. Ada yang merasa sedih setelah melihat video tersebut.
Sumber: Suara.com, TikTok @carinaanjani