
INDIA- Seorang wanita berusia 40 tahun di India menyerang seorang gadis berusia 19 tahun kerana memanggilnya dengan gelaran “Makcik” awal bulan ini. Kejadian yang terakam dalam sebuah video yang kini viral berlaku di pasar tempatan di Etah, negara bagian Uttar Pradesh pada 2 November, menurut India.com
Menurut polis, ketika remaja itu sedang melewati kawasan membeli-belah tersebut, dia berselisih dengan wanita separuh usia itu dan menyapa wanita tersebut “Maaf, auntie.” Rupa-rupanya, hal itu membuatkan wanita itu berang dan terus memarahi gadis itu. Belia juga menerima tamparan pada wajahnya ketika disoal mengenai reaksinya.
Dalam video tersebut, tiga wanita dilihat memukul gadis itu, sementara seorang polis wanita melangkah masuk untuk merelaikan pergaduhan itu. Tidak lama kemudian, kedua-dua pihak dibawa ke balai polis, dimaklumkan mereka telah menyelesaikan masalah tersebut di antara mereka.
“Remaja itu memanggil wanita itu dengan gelaran “makcik “, setelah itu dia marah dan memukul gadis itu. Gadis itu juga mengangkat tangan” kata pegawai di stesen Kanchan Katiyar, menurut Times of India. “Kedua-dua gadis dan wanita itu berasal dari keluarga yang kaya. Tidak ada aduan rasmi yang diterima.”
Sumber- Nextshark