Kini zaman telah pun beralih kepada era berteknologi tinggi, semuanya hanya dihujung jari sahaja. Termasuklah sistem penyerahan slip gaji kepada pekerja, rata-rata majikan telah menggunakan sistem berelektronik atau secara penghantaran melalui email sahaja.
Tapi mungkin masih ada majikan yang terfikir-fikir untuk memberikan slip gaji pada pekerja setiap bulan. Sebenarnya, wajib untuk setiap majikan yang mempunyai syarikat berdaftar menyediakan slip gaji pada pekerja.
Menerusi Tiktok Kerjajer, video tersebut berkongsikan hal ini di bawah akta kerja 1955 (Akta 265). Dalam akta tersebut menyatakan bahawa majikan perlu memberikan butir-butir di bawah peraturan 5(c) iaitu perihal upah dan elaun.
Untuk maklumat yang lebih jelas dan terperinci, boleh tonton video yang telah kami sertakan di bawah. Semoga ia memberi manfaat pada semua.
Sumber: Tiktok Kerjajer