Korang pernah minum tak kopi terbalik? Kopi terbalik atau dikenali sebagai kupi khop merupakan salah satu jenis minuman kopi yang berasal dari Aceh dan sangat terkenal kerana cara unik penyediaannya yang dihidang dengan cawan tapi secara terbalik.
Kedai Kopi & Teh ini beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga tengah malam kecuali hari Selasa. Ia juga menyediakan menu ala carte sepanjang hari. Antara menu signature di sini ialah kopi terbalik Aceh ini.
Cara untuk minum kopi terbalik adalah seperti berikut:
1. Tarik straw yang disediakan.
2. Tiup dengan perlahan dalam gelas. Cukup sekadar untuk angin masuk ke dalam cawan.
3. Tiup sampai kopi keluar di piring.
4. Hirup kopi dan nikmati kesedapan kopinya.
Untuk lebih mudah faham, korang boleh tonton video di TikTok the_safuan
Sumber: TikTok