Sebelum ini tular isu mengenai Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang didakwa menolak vaksin dos penggalak. Namun beliau menyatakan bahawa ia adalah video lama.
Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan mengenai pelaksanaan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak baru-baru ini.
Justeru menerusi sidang media KKM, Khairy memaklumkan bahawa dia sendiri telah menempah satu slot untuk anaknya mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19.
“Semalam saya sendiri telah membuat tempahan untuk anak saya, ini untuk jawab soalan yang mengatakan KJ tak vaksin.
“Saya harap ibu bapa lain turut membuat tempahan untuk anak-anak mereka,” katanya.
Difahamkan, Khairy menyatakan sedemikian dipercayai bagi menjawab pertuduhan awam yang mendakwa beliau menolak vaksin tersebut.
Sumber: KKM