Baru-baru ini, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ada ziarah ke Penjara Kajang untuk memberi sumbangan tiga buah mesin basuh berkapasiti 25 kilogram bagi kegunaan para banduan di sana.
Dalam masa sama, beliau turut berpeluang menyantuni banduan-banduan secara berdepan dengan keizinan dan pengawasan pihak penjara.
Coretan kisah ziarahnya hari itu boleh dibaca di sini.
Hari ini, Ustaz Ebit Lew memuat naik video penuhnya mengenai ziarah tersebut di Facebooknya.
Bagaimanapun video berdurasi enam minit 47 saat itu telah pun disunting di beberapa bahagian seperti mengaburkan wajah banduan untuk mengelakkan aib dan menjaga privasi peribadi.
Mari kita hayati video ini;
Jika dilihat berdasarkan rakaman tersebut, amat jelaslah bahawa kehadiran pendakwah ini amat disenangi oleh penghuni penjara, baik dari peringkat pengurusan sehinggalah para banduan, termasuklah banduan ‘akhir’.
Paling menyentuh hati apabila beliau menemubual seorang banduan bergelar ‘haji’ yang sudah lama terpisah daripada keluarganya.
Beliau sempat mengajar ‘haji’ itu sepotong doa untuk kesejahteraan diri dan keluarganya.
Semoga usaha Ustaz Ebit Lew ini menjadi contoh kepada kita semua untuk percaya pada qada’ dan qadar bahawa setiap manusia itu berpeluang dan boleh berubah jika Allah mengkehendakinya.
Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew