Jika anda seorang usahawan kumpulan B40 berasaskan pertanian dan industri asas tani dan mahu mengembangkan perniagaan anda menjadi lebih maju, anda wajib membaca artikel ini sampai habis sebab Agrobank nak bantu anda mengembangkan perniagaan anda.
Agrobank ada menyediakan pembiayaan mikro khusus untuk membantu usahawan mikro dari kumpulan B40 yang sedang mengusahakan aktiviti perniagaan pertanian dan industri asas tani.

Pembiayaan mikro Agrobank ini, menawarkan pembiayaan berperingkat dari RM5,000 untuk pembiayaan pertama dan boleh meningkat sehingga RM30,000 mengikut kemampuan dan rekod pembiayaan pemohon.
Bagi kumpulan B40 yang mahu mengembangkan perniagaan berasaskan pertanian, Agrobank ada menyediakan pembiayaan kewangan sehingga RM30,000. Seperti video yang disediakan, kita lihat ramai usahawan berasaskan pertanian seperti pengusaha ikan sangkar, pengusaha kedai runcit, penternak lembu dan nelayan yang sudah berjaya mengembangkan perniagaan mereka selepas mendapatkan pembiayaan mikro dari Agrobank.

Berdasarkan video, jika kita lihat pengusaha kedai runcit tersebut adalah seorang Orang Kurang Upaya (OKU), namun itu tidak menghalang beliau mengusahakan kedai runcitnya dan mengembangkan lagi perniagaan kedai runcit beliau selepas mendapat pembiayaan mikro dari Agrobank.

Jika mereka mampu berjaya, kenapa tidak anda? Yang penting, ada usaha dan semangat kental.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Agrobank di www.agrobank.com.my sekarang untuk mendapatkan butiran mengenai Pembiayaan Mikro dan seterusnya mengembangkan perniagaan anda sekarang.