Umum mengetahui dalam Islam, para Nabi merupakan tokoh penting yang menjadi contoh tauladan buat umat Islam. Terutamanya para 25 Nabi utusan Allah yang mempunyai pelbagai kisah serta doa-doa yang menjadi petunjuk buat masyarakat Muslim di dunia.
Al-Quran sentiasa menjadi petunjuk buat umat Islam sehingga ke hari ini. Bukan sahaja petunjuk, malah menjadi penawar dan juga doa-doa dalam kehidupan seharian kita
Sama seperti video yang dikongsikan di laman Tiktok ini memaparkan seorang lelaki berhadapan dengan seekor ular tedung sedang panggung kepalanya, secara tiba-tiba lari meninggalkan tempat tersebut setelah mendengar doa Nabi Sulaiman yang dibaca sebanyak 3 kali oleh lelaki tersebut.

Sumber: Akimmx