Baru-baru ini tular kembali satu rakaman video yang memaparkan seorang marshal sedang ‘bertinju’ dengan seorang penunggang motosikal yang didakwa melanggar lampu merah di Salinas Drive, Cebu, Filipina.
Menerusi video itu, mereka yang memakai helmet dilihat saling berbalas tumbukan dan tendangan semasa lampu merah.
Memetik laporan CDN, seorang penguatkuasa trafik Bandaraya Cebu dan pemandu kenderaan berhampiran telah pergi ke tempat kejadian untuk menghentikan pergaduhan itu.
Setelah itu, penguatkuasa trafik dilaporkan telah membawa mereka ke balai polis.
Jurucakap Pejabat Pengangkutan Bandaraya Cebu (CCTO) berkata marshal telah menahan penunggang itu disebabkan sudah hilang sabar. Penunggang motosikal didakwa telah mencabar marshal trafik sehingga mencetuskan pergaduhan seperti yang dipaparkan dalam rakaman video itu.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada marshal itu dibuang kerja atau tidak.
Sumber: Cebu Daily News