Shah Alam, 11 Jun – Dipercayai kerana berebut lorong, dua buah kereta rosak teruk akibat pelanggaran di Plaza Tol Setia Alam siang tadi.
Dalam kejadian terbabit, sebuah kereta dipercayai Honda HRV berwarna putih terbalik setelah berlanggar dengan Proton Persona dari arah yang sama.
Akibat rempuhan itu, wanita yang memandu HRV dilaporkan mengalami cedera ringan manakala pemandu Persona tidak mengalami sebarang kecederaan.









Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis, Izz