Selepas pihak Iran mengakui bahawa terlibat dalam nahas pesawat Ukraine, penunjuk perasaan telah membanjiri jalan-jalan di Tehran bagi memprotes tindakan itu. Ia dilakukan ekoran berang dengan kerajaan Iran yang tidak memastikan ruang udara ditutup ketika ketegangan negara itu dengan Amerika Syarikat (AS).
Himpunan tunjuk perasaan itu juga disulami dengan nyanyian lagu-lagu seperti “death to the dictator” dan “death to liars”. Ianya merujuk kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang didesak untuk meletakkan jawatannya.
Tindakan tunjuk perasaan itu juga turut mendapat perhatian daripada Presiden AS, Donald Trump dan menyokong sepenuhnya dengan keberanian mereka. Apa yang menarik perhatian ialah sokongan menerusi laman Twitter itu ditulis menggunakan bahasa Parsi.
Dalam kenyataan yang lain juga, Trump turut mendesak agar kerajaan Iran perlu membenarkan kumpulan hak asasi manusia untuk memantau dan melaporkan fakta mengenai tunjuk perasaan yang dilakukan. Tambahnya lagi, tiada lagi sebarang korban nyawa dan penunjuk perasaan berlangsung dengan aman.
Pesawat penumpang milik Ukraine yang baru berlepas beberapa minit daripada lapangan terbang telah terhempas di Tehran ekoran ditembak dengan secara tidak sengaja oleh Iran. Disebabkan itu, penunjuk perasaan yang kebanyakannya ialah pelajar universiti menyalahkan Ayatollah Ali Khameini atas kecuaian tenteranya yang menembak pesawat tersebut.
Sumber: The Hill