Sejak beberapa hari lalu, media sosial dihujani dengan klip video di mana netizen berkongsi cabaran terbaru, iaitu melempar kepingan keju pada muka bayi ataupun kanak-kanak.
Walaupun cabaran berkenaan tidak dapat dipastikan asal-usulnya, namun dipercayai bermula di beberapa negara Eropah antaranya United Kingdom.
Antara lain cabaran ini seringkali disertai oleh ahli keluarga terdekat misalnya ibubapa ataupun saudara kandung terdekat kepada bayi atau kanak-kanak yang menjadi ‘mangsa’ dalam cabaran ini.
Pelbagai reaksi lucu diberikan oleh bayi ataupun kanak-kanak ini, ada yang berada dalam keadaan terkejut dan ada juga yang ketawa.
Saksikan sebahagian koleksi video cabaran-cabaran tersebut dibawah.