Gambar: makassar_iinfo

(Video) Tilam Hampir Rentung, Dipercayai Akibat Caj Telefon Sambil Letak Atas Tilam Hingga Panas

Aqmal Ezany

Satu video yang memaparkan sebuah katil menjadi hitam kerana terbakar telah menjadi tular di media sosial.

Punca kebakaran tersebut tampak seperti berpunca daripada sebuah telefon bimbit.

Dapat dilihat dalam video tersebut bahawa, tilam itu seakan ada kesan terbakar.

Berkemungkinan telefon bimbit itu sangat panas sehinggakan ianya telah membakar tilam tersebut seterusnya menyambar plug yang menyambung kepada wayar pengecas telefon tersebut.

Telefon tersebut juga dapat dilihat rosak dan terburai susulan daripada insiden itu.

Video berkenaan lantas menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton hampir 5 ribu kali.

Perkara yang sama turut pernah diketengahkan oleh sebuah jabatan bomba di Amerika Syarikat pada 2017.

Menurut perkongsian berkenaan, ianya sangat bahaya untuk mengecaj telefon atau tablet diatas tilam ataupun diletakkan dibawah bantal.

Haba yang dihasilkan ketika proses pengecasan mungkin tidak dapat dibebaskan dengan sempurna menyebabkan alat pengecasan menjadi semakin panas.

Kesannya, bahan binaan tilam yang sememangnya mudah terbakar mungkin boleh terbakar. Justeru, jabatan bomba berkenaan mengingatkan ibu bapa supaya memantau anak-anak setiap malam bagi memastikan mereka mengecaj peranti di tempat yang selamat.

Sumber: makassar_iinfo