Masyarakat di negara ini sering didedahkan dengan pelbagai kisah-kisah seram yang kebanyakannya sempat dirakam melalui kamera telefon masing-masing. Ditambah lagi dengan peningkatan teknologi kamera dan video yang canggih, nampaknya entiti seram juga tidak ‘segan silu’ untuk menunjukkan ‘diri mereka’.
Seperti video yang dimuatnaik oleh @cikna90 di TikTok ini, dia sempat merakam detik-detik ketika alat pengimbas suhu berbunyi dan sedang mengimbas suhu ‘seseorang’ walhal tiada sesiapa pun yang dilihat di situ.
Alat pengimbas itu dilihat berbunyi sebanyak tiga kali, ia mungkin bermakna ada tiga ‘entiti’ yang sedang mengimbas suhu mereka.
Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian itu tetapi ia sememangnya boleh membuatkan sesiapa saja meremang terutama ketika bertugas atau bekerja seorang diri.
Malam-malam ada tamu tanpa diundang
Perkongsian itu sehingga kini telah mendapat sebanyak 3.2 juta tontonan di TikTok dan dibanjiri komen-komen netizen yang turut merasa seram melihat video itu.



Sumber: Cikna90