Baru-baru ini tular di media sosial satu video mengenai konsep logik matematik yang sangat ‘mind blowing’ sampai buat netizen pun pening kepala memikirkannya.
Video yang dikongsikan di TikTok Karin Gendi itu menunjukkan, seorang wanita memberi satu soalan seakan puzzle kepada tiga orang rakannya.
Dalam kertas yang dipegangnya, tertera nombor ‘100’ yang ditulis secara berasingan, iaitu satu ‘100’ di atas dan satu lagi ‘100’ di bawahnya.
Ketiga-tiga jurutera tersebut diminta untuk mengubah kedua-dua angka ‘100’ berkenaan menjadi ‘dua ratus’ dengan hanya menggunakan satu garisan.

Tempoh yang diberikan hanya selamat tiga minit sahaja dan jika berjaya, mereka boleh meminta apa sahaja hadiah daripada wanita itu.
Pada awalnya, mereka agak tercari-cara solusi untuk mengubah kedudukan ‘100’ tersebut hingga terpaksa memandang kertas tersebut dari arah berlainan.
Ketika sedang buntu itu, salah seorangnya berkata wanita tersebut telah tersalah beri soalan. Malah mereka memohon untuk menambah lagi waktu.
Tidak lama kemudian, mereka cuba menjawab dengan menulis ‘1’ diikuti angka ‘0’ sebanyak dua kali, kemudian memasukkan garisan ke tengah-tengah angka ‘0’ supaya menjadi dua ‘100’.

Bagaimanapun solusi itu salah. Tempoh tiga minit yang diberikan hampir tamat dan mereka agak buntu seketika.
Sehinggalah tepat 10 saat terakhir, tiba-tiba salah seorang jurutera itu dapat idea untuk menyelesaikannya dan bertanya sekali lagi, “Hanya satu garisan?”
Sungguh tidak sangka, tiga minit ‘kritikal’ yang dilalui untuk menyelesaikan soalan ‘perah otak’ itu hanya berakhir dengan kaedah yang langsung menolak jauh logik matematik.
Solusinya mudah. Lelaki itu hanya melukis satu garisan pendek melintang pada angka ‘1’ yang pertama (di atas), sekaligus menjadikannya perkataan ‘too’.
Manakala ‘100’ yang dibawah kekal sama. Ini menjadikan angka itu tadi disebut dengan bunyi ‘too 100’ yang menyamai bunyi angka ‘200’. Selesai.
Video ini telah ditonton lebih 30 juta kali setakat ini, malah turut menerima pelbagai maklum balas dan kritikan daripada netizen.
Sumber: Daily Star / TikTok Karin Gendi