Kisah berkenaan adik Lutfi yang membaca potongan ayat di sebuah rancangan televisyen secara langsung pada tempoh hari telah menjadi tular selama beberapa hari.
Manakan tidak, ketika dia sedang membaca potongan ayat suci al-quran itu, sebanyak tiga kali taliannya terputus. Lebih menghiburkan warganet adalah, taliannya terputus di potongan ayat yang sama.
Namun begitu, pada baru-baru ini adik Lutfi telah membuat comeback di rancangan televisyen tersebut. Tetapi kali ini, dia dihubungi dengan panggilan video.
Pada episod terbaru rancangan tersebut, adik Lutfi ini telah berjaya untuk membacakan potongan ayat suci al-quran itu dengan sempurna sehingga lengkap.
Para panel dalam rancangan televisyen berkenaan tampak kagum dengan semangat dan kegigihan adik Lutfi tersebut terhadap kesungguhannya dalam membacakan potongan ayat al-quran tersebut dan menghafalnya.
Semoga semangat dan kegigihan adik Lutfi ini menjadi contoh kepada kita untuk bersemangat dalam membaca ayat suci al-quran.
Sumber: fakhrulunic/farhatulfairuzah