Putrajaya, 19 Mac – Semua masjid di seluruh negara menghentikan solat Jumaat sehingga Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19 berakhir 31 Mac ini.
Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata hal ini bagi membantu memutuskan rantaian virus COVID-19 di Malaysia.
Sumber: Bernama