Biarpun masa dan jarak memisahkan, persahabatan sejati takkan pernah putus. Bahkan, persahabatan kerana tuhan akan terus berkekalan sehingga ke syurga.
Baru-baru ini, seorang pemuda bernama Akashah menzahirkan rasa tersentuhnya menyaksikan pertemuan bapanya dengan seorang kawan lama.
Menurutnya, mereka berdua merupakan teman baik sejak zaman bekerja sebagai askar komando suatu ketika dahulu.
“Berkawan sejak kerja askar komando dulu. Ni dah 46 tahun mereka tak berjumpa. Mohon doakan kesihatan mereka berdua, aamiin,” tulisnya.
Video penyatuan semula penuh emosi itu membuatkan netizen tersentuh dan berharap bakal mempunyai sahabat sejati seperti kedua-duanya serta mendoakan mereka.







Sumber: Akashah