Kini sedang berlangsungnya Majlis Penghormatan Terakhir oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani ke atas Allahyarham Sarjan Mohd Arifah Md Yasin dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta Allahyarham Konstabel Mohd Muradzi Mohd Nawi dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Surau Al-Amin IPD Kajang, Selangor.
Allahyarham Sarjan Mohd Arifah dan Allahyarham Konstabel Mohd Muradzi terkorban ketika sedang melaksanakan tugas Op Samseng Jalanan di kilometer 24.4 Lebuh Raya SILK arah Kajang-Putrajaya, awal pagi semalam.
Sehingga jam 1.30 tengah hari tadi, jenazah kedua-duanya masih belum tiba di IPD Kajang.
Al-Fatihah, semoga roh kedua-dua yang terkorban sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh.
Sumber: PDRM