Putrajaya, 4 Mei -Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat pertambahan satu kluster baru COVID-19 hari ini di Kuching, Sarawak.
Kluster itu melibatkan kes indeks himpunan di Sri Petaling, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini.
“Kluster baru telah dikenalpasti di Kuching iaitu kluster Taman BDC melibatkan sejumlah 37 kes. Dan ini juga melibatkan perhimpunan tabligh iaitu kes indeks yang telah menjangkiti keluarga, ahli masjid dan juga rakan sekerja, melibatkan tiga generasi.
Dalam perkembangan lain, beliau mengesahkan kemaskini terbaru bagi kluster-kluster yang masih aktif di Malaysia. Kluster tersebut adalah;
Pasar Chow Kit, tambah 16 kes, keseluruhan 44
Sendayan, tambah 5 kes, keseluruhan 109
Pesantren, tambah 3 kes, keseluruhan 222
Kg Baru, tambah 2 kes, keseluruhan 24
Madrasah Air Merbau, Jasin, tambah 1 kes, keseluruhan 41 kes
“Kluster lain tiada pertambahan setakat ini,” katanya.
Sumber: KKM